Total Pageviews

Wednesday 15 June 2011

PERMOHONAN MURTAD; 135 ORANG TELAH DILULUSKAN BAGI TAHUN 2000 -2010

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama
Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

NONEBeliau
menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta
perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam
dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad
yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi  menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan
kepada  kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk
meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
Mengikut
data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari
Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33
orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam
yang terbesar adalah di Sabah – 238, Negeri Sembilan – 172, Selangor -
99 dan Perak – 47.
Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
“Dalam
menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa
melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini
terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.
“Antara program
dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah
dan lawatan ke rumah; aktiviti-aktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian
agama dan sokongan Baitulmal,” kata Jamil.

Tuesday 14 June 2011

Kerajaan bajet 1.8 JUTA untuk facebook.....???

Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.
Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.
Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.Khairy juga membangkitkan sama ada kementerian menetapkan sebarang petunjuk prestasi (KPI) bagi memantau pencapaian agensi yang dilantik untuk melaksanakan penjenamaan itu.

"Apa KPI kepada syarikat berkenaan. Dari segi periklanan apakah tambahan mereka dan revenue yang dapat digenerate hasil usaha syarikat itu membuat online advertising," soalnya.

Dipetik Dari MalaysiaKini.Com

UMNO SASAU

KOTA BHARU, 13 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata PAS tidak pernah mengubah dasar dalam perjuangannya sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951 hingga kini.
Menurutnya, apa yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada muktamar baru-baru ini berhubung Negara Berkebajikan, adalah sebahagian intipati perjuangan parti Islam itu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa pihak yang mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada perjuangannya sebagaimana yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian hari ini.
Ahl Majlis Tertingg Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat PAS wajar menggugurkan perkataan Islam takut masyarakat keliru, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan nama Islam kerana PAS telah memperalatkan agama.
Ketika ditemui di kediamannya Pulau Melaka sebentar tadi, Tuan Guru Nk Abdul Aziz yang Menter Besar Kelantan berkata konsep yang dibawa PAS iaitu Negara Berkebajikan, berpandukan ajaran Islam serta nas yang mana Baginda Rasulullah sendiri sebagai modelnya.
Ketika hijrah Rasulullah mendapat mimpi dari Allah, suatu hari nanti baginda akan memasuki Kota Makkah yang ketika itu masih kekal dengan pegangan ajaran nenek moyang mereka.
“Sewaktu baginda dan para sahabat dalam perjalanan ke Makkah, baginda disekat oleh pembesar Makkah ketika itu. Walaupun usaha baginda untuk melakukan umrah di baitullah tidak dibenarkan, namun bertolak dari situ wujudnya perjanjian di Hudaibiyah.
“Perjanjian yang memulakan tulisan perjanjian itu dengan ‘Bismillahirrahmanirrahim…kemudiannya digantikan dengan ‘Bismikallahumma…dilakukan semata-mata kerana sikap lunak baginda sendiri di samping berpandangan jauh tentang Islam pada masa akan datang walaupun ianya berat sebelah,” ujar Tuan Guru lagi.
Tegasnya, di mana salahnya Presiden PAS menyebut negara berkebajikan, ianya bukan dasar kerana dasar perjuangan PAS tetap mendaulatkan Islam.
“Dalam surat khabar harian selalu menyebut PAS ubah dasar, bila PAS ubah dasar?
“Akhbar ni mengarut dan menyusahkan orang dan bukannya nak menyenangkan hati orang,” ujarnya.
Sambungnya lagi, beliau difahamkan Mohd Puad aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (Abm), sebaiknya menasihati perjuangan Umno agar kembali pada Islam dan bukannya PAS yang sudah memperjuangkannya.
“Yang tak setuju cara pentadbiran Islam orang Yahudi dan Nasrani saja, malah ulama Umno sebelum ini yang tidak suka pada dasar Umno sendiri  telah keluar Umno dan tubuh PAS pada tahun 1951.
“Kami ni hanya meneruskan perjuangan ulama Umno terdahulu yang keluar parti menubuhkan PAS semata-mata tidak sukakan dasar yang Umno bawa,” ujarnya lagi.
Beliau juga turut membayangkan PAS akan menjadi Parti Islam Sedunia suatu ketika nanti bukan hanya di negara ini.
Dipetik Dari HarakahDaily.Net

Sejarah Penubuhan Pas


 
Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Walaupun begitu, pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah bermula jauh lebih awal iaitu sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di Tanah Melayu.

Pergerakan reformasi ini merupakan rentetan dari reformasi di Timur Tengah, khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh Al-Hadi telah menyebarkan pengaruh reformasi ini melalui majalah Al-Imam (1906-1908) dan akhbar Al-Ikhwan(1926-1931).

Pergerakan reformasi ini begitu berpengaruh dalam masyarakat Melayu sehingga ianya meresapi parti politik Melayu yang pertama iaitu Partai Kebangsaan Melayu Se Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP yang diasas pada bulan Oktober 1945. Menyedari peri-pentingya pengaruh ini, MNP seterusnya telah menubuhkan sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggung-jawab melahirkan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada
14 Mac 1948.

Riwayat Hizbul Muslimin bagaimanapun tidak lama. Hasil dari desakan Dato' Onn Jaafar, yang ketika itu memimpin UMNO, Inggeris telah mengisytiharkan pengharaman Hizbul Muslimin menangkap pemimpin- pemimpinnya. Hizbul Muslimin telah disebut oleh Dato' Onn sebagai Red Islamic Party yakni
cuba menyamakannya dengan pengaruh komunis yang merbahya. Beliau juga telah menyebut penubuhan Hizbul Muslimin sebagai "Bahaya Dari Gunong" kerana penubuhannya yang bertempat di Gunong Semanggol Perak. Walaupun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti apabila bermula Dharurat pada bulan Jun 1948, semangat perjuangan yang kental di kalangan pendukung- pendukungnya akhirnya telah merintis kepada penubuhan PAS pada 24 November 1951.