Total Pageviews

Wednesday 15 June 2011

PERMOHONAN MURTAD; 135 ORANG TELAH DILULUSKAN BAGI TAHUN 2000 -2010

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama
Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

NONEBeliau
menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta
perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam
dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad
yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi  menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan
kepada  kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk
meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
Mengikut
data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari
Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33
orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam
yang terbesar adalah di Sabah – 238, Negeri Sembilan – 172, Selangor -
99 dan Perak – 47.
Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
“Dalam
menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa
melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini
terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.
“Antara program
dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah
dan lawatan ke rumah; aktiviti-aktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian
agama dan sokongan Baitulmal,” kata Jamil.

No comments:

Post a Comment